Kunjungan Hormat Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) Negeri Perlis Terhadap YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tarikh : 10 Januari 2024 (Rabu)
Tempat : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Encik Azizul bin Ismail, Pengarah, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) Negeri Perlis.

Kunjungan hormat ini adalah salam perkenalan dan memaklumkan berkaitan pengurusan pentadbiran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) Negeri Perlis serta pelaksanaan program yang telah diadakan sepanjang tahun 2023 dan program yang akan dijalankan oleh MOTAC pada tahun 2024.

Turut hadir dalam kunjungan ini YBrs Dr. Puteh Soraya A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Pegawai Kanan, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis dan Penolong-Penolong Pegawai Tadbir Kanan, (MOTAC) Negeri Perlis.
 
  

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR