Majlis Amanat YAB Menteri Besar Perlis Bersama Penjawat Awam Negeri Perlis Tahun 2024

Tarikh : 04 Januari 2024 (Khamis)
Tempat : Dewan 2020, Kangar Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis Amanat Menteri Besar Perlis Bersama Penjawat Awam Negeri Perlis Tahun 2024. Turut hadir sama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Majlis ini merupakan platform penting sebagai pembuka tirai 2024 di antara YAB Menteri Besar Perlis dengan penjawat awam di Negeri Perlis. YAB Menteri Besar Perlis berharap tahun baharu ini akan membawa keazaman dan kekuatan kepada kita semua untuk terus menabur bakti dan jasa, supaya segala perancangan yang direncanakan untuk memakmurkan rakyat dan negeri sentiasa dipermudahkan dan dapat dijayakan pada tahun baharu ini. YAB Menteri Besar Perlis juga berharap jalinan ukhwah dan kerjasama seperti ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan pada masa akan datang demi kemakmuran Negeri Perlis yang tercinta.

YAB Menteri Besar Perlis telah melancarkan Buku Pencapaian Satu Tahun Kerajaan Negeri Perlis yang melaporkan kejayaan yang telah dicapai setelah setahun pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional. Laporan ini menyentuh beberapa unjuran pencapaian yang telah dirangka berdasarkan Manifesto Perikatan Nasional Negeri Perlis.

YAB Menteri Besar Perlis telah mengumumkan pemberian Bantuan Kewangan Khas sebanyak setengah bulan gaji tertakluk kepada minimum RM2,000.00 kepada penjawat awam negeri dan bayaran ini akan diberikan pada akhir bulan Februari ini.

Turut hadir pada majlis ini, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan.
 
  

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR