Sesi Perjumpaan Pegawai Gred 41 Dan Ke Atas Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tarikh : 03 Januari 2024 (Rabu)
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Blok Fasiliti

YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mempengerusikan Sesi Perjumpaan Pegawai Gred 41 dan ke atas di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentabiran Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir bersama dalam sesi ini , YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan).

Sesi perjumpaan ini adalah untuk bersua kenal bersama Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan di samping bertukar pandangan dalam menguruskan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta Pegawai-Pegawai Kanan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pejabat Tanah & Galian Negeri Perlis serta Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis.
   

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR