Majlis Malam Anugerah Kewartawanan Negeri Perlis Tahun 2023

Tarikh : 3 Disember 2023 (Ahad)
Tempat : Dewan Warisan, Jalan Kolam, Kangar, Perlis
 
DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat ke Majlis Malam Anugerah Kewartawanan Negeri Perlis Tahun 2023. Turut hadir dalam majlis YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan mewakili YAB Menteri Besar Perlis, YB Wan Badariah binti Wan Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YB Dato Seri Shahidan bin Kassim, Ahli Parlimen Arau serta Encik Syed Muhammad Azlan bin Sayid Hizar, Presiden Persatuan Wartawan Perlis.

Majlis anjuran Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis ini telah dihadiri oleh 15 agensi media di negeri ini. Majlis diadakan bagi menghargai keringat pengamal media di Perlis yang telah menabur bakti dan jasa dengan menyumbang berita-berita yang mempunyai nilai tinggi dan memberi impak untuk pembangunan Negeri. Penganjuran majlis ini juga bagi menyatukan pengamal media di Negeri Perlis sekali gus mengangkat profesionalisme wartawan di Negeri Perlis serta menghargai pengorbanan dan penat lelah pengamal media yang bertungkus lumus menghasilkan penulisan terbaik bagi manfaat semua pihak.

Sebanyak 10 anugerah dipertandingkan pada malam tersebut melibatkan kategori Berita Mandarin Terbaik, Berita Ekonomi Terbaik, Foto Terbaik, Rencana Terbaik, Berita TV Terbaik, DJ Radio Pilihan Terbaik, Pelancongan, Warisan dan Budaya Terbaik, Berita Terbaik, Laporan Khas terbaik dan Anugerah utama keseluruhan. Anugerah tersebut sedikit sebanyak menyemarakkan lagi semangat para pengamal media untuk bekerja dengan lebih keras di masa hadapan dan memotivasikan diri untuk terus menyalurkan berita-berita yang memberi nilai tambah kepada Negeri Perlis.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Malam Anugerah Kewartawanan Perlis Tahun 2023 dan menyampaikan Anugerah kepada para pemenang.

Turut hadir bersama pada majlis ini, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBrs. Encik Norazlan bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, CEO MAIPs, Encik Azraai Zain bin Tusimin, Pengarah, Majlis Sukan Negeri Perlis, Ketua-ketua Jabatan Negeri, Para Penaja Majlis Malam Kewartawanan Tahun 2023, Pengamal Media Negeri Perlis dan Urusetia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR