Majlis Sambutan Tahun Baru 2024 Dan Aid4palestine

Tarikh : 31 Disember 2023 (Ahad)
Tempat : Dewan 2020, Kangar Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baru 2024 dan Ceramah Aid4Palestine. Turut hadir sama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan Haji Mohd Nazim Bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Majlis Sambutan Tahun Baru 2024 dan Ceramah Aid4Palestine merupakan program yang julung kali diadakan ini bagi menyambut usul Palestine yang telah diluluskan semasa Sidang DUN kali 15 tempoh hari. Program sambutan yang bersifat ilmiah dan bersederhana ini telah berjaya menarik kehadiran rakyat Perlis ke program ini.

Antara pengisian program yang telah diadakan pada majlis tersebut adalah solat magrib dan isyak berjemaah, Tazkirah bersama YBhg. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary, Pengerusi Khidmat Malaysia, Persembahan Nasyid oleh Pelajar Sekolah serta kumpulan Far East dan Talk Show 4 Palestine bersama Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis dan YB Dr. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, Pengerusi Aid4Palestine Malaysia.

Kemuncak Sambutan adalah tayangan Video Palestine serta tayangan montaj Kerajaan Negeri Perlis dan countdown detik 12.00 malam tahun 2024.

Turut hadir pada majlis ini, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan rakyat Negeri Perlis.
 
  

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR