Majlis Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis Tahun 2024-2025

Tarikh : 07 Disember 2023 (Khamis)
Tempat : Dewan 2020, Kangar Perlis

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, telah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis Tahun 2024-2025. Turut Hadir bersama dalam majlis, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis,YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohol, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YBhg. Dato’-Dato’, YB Ahli-Ahli Parlimen Negeri Perlis.

Tahun Melawat Perlis 2024-2025 merupakan program pelancongan khas yang pertama dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perlis. Objektif penganjuran Tahun Melawat Perlis 2024-2025 adalah untuk menaikkan imej Perlis agar lebih dikenali dengan kawasan pelancongan yang menarik, meningkatkan bilangan kehadiran pelancong ke Negeri Perlis sama ada pelancong domestik atau antarabangsa, memperkukuhkan jenama produk pelancongan Negeri Perlis merangkumi kawasan dan acara pelancongan, mengetengahkan Negeri Perlis sebagai destinasi pelancongan utama di negara dan meningkatkan pendapatan pemain industri pelancongan negeri seterusnya mengukuhkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi sektor pelancongan.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025. Dalam majlis itu turut dipekenalkan maskot rasmi TMP 2024-2025 iaitu Si Kentoi. Pelbagai persembahan telah diadakan semasa pelancaran TMP antaranya persembahan lagu tema TMP, Awang Batil, Tayangan video-TMP dan banyak lagi.

Turut hadir pada majlis ini, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBhg. Datuk Haji Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, YBrs. Encik Mohamed Amin Yahya, Pengarah Kanan Domestik Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, YBrs. Puan 'Ainu Sham binti Haji Ramli, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, ⁠Tuan Mohd Roslan bin Abdullah - Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Putrajaya, YBrs. ⁠Encik Shahrul Aman Sabir Ahmad, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Rakan Strategik, Pengamal Media dalam Negeri dan Luar negara, Influencer, pengusaha-pengusaha makanan dan homestay dan Urusetia Majlis Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR