Perjumpaan Khas Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) Bersama Ketua Unit Integriti Jabatan Dan Agensi Negeri Perlis

Tarikh : 29 November 2023 (Rabu)
Tempat : Bilik Gerakan 1, Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
 
YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah hadir ke Perjumpaan Khas Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Ketua Unit Integriti Jabatan Dan Agensi Negeri Perlis. Hadir bersama dalam perjumpaan itu YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis danYB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis.

Perjumpaan itu adalah bagi memaklumkan fungsi IIM sebagai badan operasi Pusat Governance, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) untuk membangunkan keupayaan dan kecekapan sektor awam dan swasta dalam merealisasikan objektif untuk menjadi sebuah negara yang dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah.

IIM turut menyediakan khidmat perunding, Intrumen penilaian dan khidmat latihan kepada agensi-agensi kerajaan, organisasi swasta termasuk pengusaha mikro, kecil dan sederhana.

Turut hadir dalam perjumpaan ini YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBrs. Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut bin Omar, Pengurus Besar Kanan (Khidmat Korporat) IIM dan YBrs. Encik Izal Arif bin Zahrudin, Pengurus Besar (Operasi) IIM, Encik Ahmad Ibrahim bin Mohd Tayib, Setiausaha Bahagaian, Unit Pengurusan Korporat dan Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Ketua-Ketua Seksyen serta Pegawai Kanan IIM dan Ketua-Ketua Integriti Jabatan Negeri Perlis.
 
 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR