Kursus Pengenalan Dan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Di Peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tarikh : 28 November 2023 (Selasa)
Tempat : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
 
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menganjurkan Kursus Pengenalan Dan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Di Peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Kursus ini diadakan adalah bagi memberi penerangan kepada semua peringkat jawatan berkaitan pengenalan kepada EKSA dan bagaimana setiap pegawai dari pelbagai peringkat jawatan dapat melibatkan diri dalam melaksanakan EKSA di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Ceramah ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Khairul Badri bin Ahmad, Timbalan Pendaftar , Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.

Turut hadir dalam kursus ini Setiausaha-Setiausaha Bahagian dan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR