Majlis Perasmian Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2023

Tarikh : 28 November 2023 (Selasa)
Tempat : Dewan 2020, Kangar, Perlis
 
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Raja Muda Perlis telah berkenan berangkat merasmikan Majlis Perasmian Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2023. Hadir bersama dalam majlis YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBrs. Encik Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan) Kementerian Kerja Raya dan YB Tuan Izizam bin Ibrahim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) merupakan wadah bagi menghargai jasa para profesion teknikal atas sumbangan besar mereka terhadap kemajuan infrastruktur dan permodenan negara yang meliputi pelbagai bidang teknikal antaranya Kejuruteraan, Astronomi, Sains, Teknologi, Pembinaan, Senibina, Ukur dan sebagainya. HPTN juga adalah salah satu inisiatif untuk memberi galakan dan melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknikal, terutamanya kepada generasi muda. Dalam majlis itu DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan Gimik Pelancaran serta melawat ke Booth Pameran.

Turut hadir bersama dalam majlis ialah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Mohd Shahril Bin Mohd Said, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri serta Persekutuan dan Para Profesion Teknikal yang hadir.
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR