Kursus Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis

Tarikh : 21 - 23 November 2023
Tempat : Dewan Gunasama, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
 
Kursus ini adalah anjuran Unit Pengurusan Korporat dan Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Seramai 45 orang peserta melibatkan Ketua-Ketua Jabatan PSUK, Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Berkanun Negeri dan GLC Negeri telah menyertai Kursus ini yang telah diadakan di Dewan Gunasama, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.

Objektif utama penganjuran adalah untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai pengurusan serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh Ketua-Ketua Jabatan jika terdapat kes-kes salahlaku di peringkat Jabatan masing-masing terutamanya bagi isu-isu yang berkaitan dengan ketidakhadiran bertugas, gangguan seksual serta jenayah.

Ceramah telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Azura Binti Hamdan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada sesi akhir kursus ini peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan perlu membentangkan tugasan yang telah berikan.

YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) telah hadir merasmikan Penutup Kursus Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 2023.
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR