Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Ke Perusahaan Belacan, Kuala Perlis

Tarikh : 21 November 2023 (Selasa)
Tempat : Sungai Berembang, Kuala Perlis
 
YB Dato’ Yusran Shah Bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah Melawat Perusahaan Belacan Sungai Berembang, Kuala Perlis. Turut hadir bersama dalam lawatan itu Encik Sobri Bin Ibrahim, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perlis.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetengahkan keunikan produk belacan Negeri Perlis sebagai produk Perlis yang boleh dipromosikan sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025. Produk belacan ini merupakan salah satu produk Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang mempunyai elemen dan kriteria yang perlu ada, antaranya ialah Penglibatan Komuniti Tempatan, Produk dan Potensi Unik untuk Mengakses Pasaran serta Penggunaan Sumber Tempatan dan Rantaian Nilai Ekonomi. Beberapa tempat pengusaha belacan telah dilawati oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis antaranya ialah ZR Belacan, Belacan Pak Su Din, Ropishah dan AA Bayu.

Hadir bersama dalam lawatan ialah , Pegawai-Pegawai Kanan, Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) Perlis, Pegawai Kanan, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis dan Kumpulan Promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR