Walkabout Digital YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Ke Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Perlis

Tempat : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis
 
Pelan Digital Perlis telah dibangunkan bagi tempoh lima (5) tahun (2021-2025) bertujuan untuk meletakkan asas yang kukuh dalam memacu ke arah Perlis Negeri Digital. Ini adalah selari dengan agenda nasional ke arah mencapai hasrat utama pendigitalan Malaysia serta memastikan bahawa Malaysia dan Perlis khususnya, sentiasa seiring dengan arus pembangunan digital di peringkat nasional dan global.

Sehubungan dengan itu, Walkabout Digital YB Dato Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis diadakan bagi melihat pelaksanaan inisiatif-inisiatif digital di Jabatan.

Antara pelaksanaan digital yang akan dilihat di dalam lawatan walkabout ini adalah seperti berikut:

i. Status Pelaksanaan Inisiatif Digital 2023
Ii. Penggunaan Bayaran Tanpa Tunai (Cashless) Bagi Perkhidmatan Di Jabatan
Iii. Pelaksanaan Perkhidmatan End-To-End (E2E)
Iv. Fokus & Perancangan Digital 2023

Turut bersama- sama di dalam lawatan ini adalah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Puan Haslina Bt Chan @ Hassan, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis, Puan Rozita Binti Osman, Setiausaha Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta Pegawai-Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis.
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR