Program Santai Anak Utara 2.0

Tarikh : 11 November 2023 (Sabtu)

Tempat : Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir merasmikan Program Santai Anak Utara 2.0. Turut hadir dalam majlis YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Penganjur Santai Anak Utara telah menganjurkan Program Santai Anak Utara 2.0 (SAU-11) yang telah diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. Program ini khusus buat peminat permotoran serta medium utama bagi mendedahkan lagi golongan belia dengan informasi berguna sebelum menceburi diri dalam sukan permotoran dan sebagai titik pertemuan beberapa kelab permotoran. Dalam Program ini juga, Kerajaan Negeri Perlis telah membuat hebahan Promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 kepada semua pengunjung SAU.

Turut hadir Encik Mohd Saffiudin bin Elias, Penganjur Program Santai Anak Utara 2.0, Urusetia Program Santai Anak Utara, Pegawai-Pegawai Unit Pengurusan Korporat & Integriti dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis serta golongan belia yang hadir.
 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR