Majlis Penutup Kejohanan MAKSAK Games–Sepak takraw dan Orienteering Malaysia 2023

Tarikh : 29 Oktober 2023 (Ahad)

Tempat : Dewan 2020 Kangar, Perlis

Majlis Penutup Kejohanan MAKSAK Games–Sepaktakraw Dan Orienteering Malaysia Tahun 2023 diadakan setelah berakhirnya Kejohanan MAKSAK-Games Tahun 2023 yang berlangsung selama empat (4) hari bermula 26 Oktober 2023 hingga 29 Oktober 2023.

YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) telah hadir bagi merasmikan Majlis Penutup Kejohanan MAKSAK Games–Sepaktakraw Dan Orienteering Malaysia Tahun 2023.

MAKSAK Games ini melibatkan Pertandingan Sepak Takraw serta Pertandingan Orienteering Malaysia. Pertandingan ini adalah melibatkan semua badan gabungan MAKSAK Malaysia termasuk Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia serta Majlis Sukan Penjara. Pada kejohanan kali ini pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menjuarai bagi Pertandingan Sepak Takraw manakala pasukan Negeri Perlis telah memenangi Pertandingan Orienteering Malaysia.

Hadir sama Encik Radin Hedly Shah, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Agensi Kerajaan Negeri dan wakil-wakil MAKSAK Negeri.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR