Majlis Malam Perlis Tahun 2023 Anjuran Persatuan Perlis, Kuala Lumpur

Tarikh : 28 Oktober 2023 (Sabtu)

Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre, Kuala Lumpur

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Malam Perlis Tahun 2023. Turut hadir YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YBhg. Dato’ Syed Moheeb bin Dato’ Syed Kamarulzaman, Yang Dipertua Persatuan Perlis Kuala Lumpur.

Majlis Malam Perlis 2023 ini adalah bertujuan merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara Ahli-Ahli Persatuan Perlis, Kuala Lumpur dan Agensi-Agensi Korporat dalam membantu menyumbangkan dana kepada Persatuan Perlis, Kuala Lumpur. Persatuan ini telah berusia 45 tahun sejak ia ditubuhkan.

Turut hadir sama dalam majlis ini YBhg. Datin Seri Datuk Hajah Norayini binti Ali, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Perlis Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Md Silmi Bin Abd Rahman, Naib Yang Dipertua Persatuan Perlis Kuala Lumpur, Penasihat-Penasihat Persatuan Perlis Kuala Lumpur, Mantan-mantan Yang Dipertua serta Penasihat Persatuan Perlis Kuala Lumpur dan Jawatankuasa Persatuan Perlis Kuala Lumpur yang terlibat.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR