Mesyuarat Menteri-Menteri Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Ke-29, Mesyuarat Forum Ketua Menteri Dan Gabenor IMT-GT Ke-20, Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan IMT-GT Ke-30 Serta Ekspo IMT-GT

Tarikh : 26-29 September 2023 (Selasa-Jumaat)

Lokasi : Batam, Kepulauan Riau, Indonesia

Mesyuarat IMT-GT ini merupakan platform kepada negara anggota untuk mengukuhkan kerjasama serantau melalui projek dan program yang telah dikenalpasti yang mampu merancakkan ekonomi serta rakyat. Melalui plaform kali ini, Kerajaan Negeri Perlis telah diberi kepercayaan untuk mengetuai Malaysia dalam Mesyuarat Forum Ketua Menteri dan Gabenor IMT-GT Ke-20, di mana YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis dan YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah membentangkan perancangan serta inisiatif pelaksanaan projek-projek di Malaysia yang mampu menyumbang kepada ekonomi di wilayah Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia.

Selari dengan hasrat untuk merealisasikan Tahun Melawat IMT-GT 2023 -2025, Kerajaan Negeri Perlis bersama YB Puan Wan Badariah Wan Saad selaku EXCO Pelancongan juga telah mengambil peluang untuk menyertai Ekspo IMT-GT untuk mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 serta menarik pelabur untuk melabur di Chuping Valley Industrial Area (CVIA) dan Perlis Inland Port. Melalui penyertaan ekspo ini, pemain industri Perlis iaitu Sempurna Adventure Holiday Sdn Bhd telah berjaya menandatangani 5 Perjanjian Persefahaman bersama pemain industri pelancongan di Indonesia.

Turut menyertai delegasi Perlis pada mesyuarat dan ekspo IMT-GT kali ini ialah YBrs. Dr. Puteh Soraya A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Puan Nazzatul Shima Ahmad Sabri, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Encik Anuar Abidin, Setiausaha Sulit Kanan YAB Menteri Besar, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mutiara Perlis Sdn Bhd serta Sempurna Adventure Holiday Sdn Bhd.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR