Program Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2023

Tarikh : 24 September 2023 (Ahad)

Lokasi : Pasar Terapung, Kompleks JPS Perlis, Pengkalan Asam

Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) tahun 2023 yang bertemakan “Alur Air Dalam Komuniti (Waterways in Our Communities)” bertujuan meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab semua pihak mengenai kepentingan untuk menjaga, memelihara dan melestarikan sungai-sungai di Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim. Turut hadir YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah diadakan di Pasar Terapung, Perlis.

Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menjaga kelestarian sungai sebagai salah satu sumber khazanah negara dengan memastikan penglibatan segenap lapisan masyarakat yang akan dinikmati oleh generasi akan datang secara berterusan. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti Aktiviti Senamrobik, Derma Darah dan Saringan Kesihatan, Pertandingan Memancing, Pertandingan Treasure Hunt, Pertandingan RC Boat, Pertandingan Mengagau Ikan, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Kayak dan Kayuhan Basikal.

Turut hadir dalam program ini YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau), YBhg. Dato' Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), YBrs. Dr. Ching Thoo A/L Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), YBhg. Mejar (Kehormat) Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah, Jabatan Pengiraan dan Saliran Malaysia, YB Tuan Zakri bin Hassan, Ahli Perlimen Kangar, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Encik Ir. Mahidi bin Mahamood, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta wakil-wakil yang terlibat.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR