Majlis Perasmian Festival Kraf Utara 2023 Dalam Merancakkan Rantaian Sektor Pelancongan Di Negeri Perlis

Tarikh : 23 September 2023 (Sabtu)

Lokasi : Kompleks Kraftangan Cawangan Perlis, Kangar

Festival Kraf Utara 2023 merupakan program yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dan julung kali diadakan di Negeri Perlis bersempena musim menuai padi pada bulan September dengan melibatkan gabungan kerjasama Negeri Kedah, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak. Festival ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Roslan Bin Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Turut hadir YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Festival ini di adakan bagi mempromosi dan mengkomersialkan produk kraf tempatan kepada penduduk setempat serta pelancong yang berada di Perlis dan negeri berhampiran disamping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap Kraf Malaysia. Festival yang akan berlansung dari 22 September hingga 01 Oktober 2023 di Kompleks Kraftangan Cawangan Perlis.

Bertemakan “Ini Kraf Malaysia” dan berkonsepkan membudayakan Seni Kraf Malaysia menjadi pemangkin kepada usahawan kraf untuk mempromosikan pemasaran produk secara fizikal kepada pengunjung yang hadir. Pemilhan Negeri Perlis sebagai Tapak Festival Kraf Utara bersesuaian dengan perancangan Kerajaan Negeri Perlis dalam mempromosikan Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025. Penyampaian sijil penyertaan telah disampaikan kepada 11 orang peserta Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Batik tanah liat di bawah Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kangar.

Hadir dalam Festival ini, YB Puan Wan Badariah binti Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pelancongan, Kebudayaan, kesenian dan Warisan), YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Zakri bin Hassan, Ahli Perlimen Kangar, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Puan ‘Ainu Sham binti Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, YBrs. Encik Abdul Halim bin Ali, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Kraftangan Malaysia, Encik Mohd Shahrir bin Mohamad Ramli, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Para Usahawan Kraf Negeri Perlis.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR