Sesi Libat Urus Jabatan Perkhidmatan Awam Berhubung Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bersama Dengan Penjawat Awam Negeri Perlis

Tarikh : 22 September 2023 (Jumaat)

Lokasi : Dewan Warisan, Jalan Kolam, Kangar Perlis

Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan Sesi Libat Urus Jabatan Perkhidmatan Awam Berhubung Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bersama Dengan Penjawat Awam Negeri Perlis. Sesi ini telah dihadiri oleh YBrs. Encik Abdul Majid bin Mat, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sesi ini bertujuan bagi mendapatkan cadangan dan input penambahbaikan ke arah pembangunan sistem saraan yang mampan dan berdaya saing. Ia susulan keputusan mesyuarat JKK-PPA yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah memutuskan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan melaksanakan kajian sistem saraan perkhidmatan awam. Pada sesi libat urus ini, Encik Faizal Azmir bin Abd Rashid, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam telah membentangkan tentang Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Turut hadir dalam sesi libat urus ini, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Encik Azhar bin Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perjawatan dan Organisasi (JPA), Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-ketua Jabatan Negeri Perlis dan Persekutuan serta Wakil-wakil Jabatan Negeri dan Persekutuan.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR