Majlis Penyerahan Jersi Rasmi Pasukan Ragbi Piala Agong Negeri Perlis Tahun 2023 Dan Sesi Memperkenalkan Pemain-Pemain

Tarikh : 22 September 2023 (Jumaat)

Lokasi : Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Sukan Negeri Perlis

YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Majlis Penyerahan Jersi Rasmi Pasukan Ragbi Piala Agong Negeri Perlis Tahun 2023. Turut hadir YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Belia dan Sukan).

Majlis ini diadakan bagi Penyerahan Jersi Rasmi Pasukan Ragbi Piala Agong Negeri Perlis yang akan menyertai Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi 2023 yang akan berlangsung pada 23 September hingga 26 Oktober 2023. Penyertaan pada kejohanan kali ini merupakan sebahagian daripada untuk mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dimana logo Tahun Melawat Perlis (TMP) akan ditampal pada jersi rasmi pasukan ragbi piala agong Negeri Perlis.

Turut hadir YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Encik Farid Kamarudin, Pegawai Commercial Able Perfect Sdn Bhd dan Encik Mohd Ariff Redza bin Yusoff, Wakil dari TORPEDO.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR