Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) Di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 6/2023

Tarikh : 21 September 2023 (Khamis)

Lokasi : Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bil.6/ 2023.

Tujuan utama pelaksanaan mesyuarat ini adalah sebagai medium komunikasi di antara YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri/ Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bagi mendapatkan maklum balas isu-isu/ pelaporan perkembangan tindakan terkini jabatan/ bahagian berkaitan fungsi jabatan/ bahagian masing-masing.

Dalam mesyuarat ini, ACP Azizan bin Tukiman @ Hj. Abd. Rahman, Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, PDRM, Puan Rozita binti Osman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan YBrs. Dr. Puteh Soraya binti A. Rahman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis telah membentangkan kertas pertimbangan/ makluman berkaitan jabatan/ bahagian masing-masing.

Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis, DSP Mohd Anuar bin Junoh, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPK serta Urus setia Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT).
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR