Program 'Plogging' Santai World Clean Up Day 2023 (WCD 2023) SUK Perlis

Tarikh : 19 September 2023 (Selasa)

Lokasi : Geotapak Bukit Lagi /Taman Bukit Lagi, Kangar, Perlis

Program World Clean Up Day 2023 merupakan acara tahunan melibatkan aktiviti pembersihan kawasan secara serentak di seluruh negara bermula pada 16 September – 24 September 2023. Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis melalui Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan SWCorp Perlis telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program 'Plogging' Santai World Clean Up Day 2023 (WCD 2023) SUK Perlis di Geotapak Bukit Lagi / Taman Bukit Lagi Kangar Perlis.

Majlis diserikan dengan kehadiran YB Tuan Fakrul Anwar bin Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Kerajaan Tempatan) bagi membuat acara pelepasan peserta di Perkarangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

Aktiviti pembersihan di sekitar Geotapak Bukit Lagi /Taman Awam Bukit Lagi dan Taman Bunga Kertas secara santai ini telah melibatkan sejumlah 120 pegawai dan kakitangan daripada Bahagian dan Jabatan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, MPK dan SWCorp.

Sejumlah 113.35 kg. sampah yang terdiri daripada plastik, kertas, tekstil/fabrik, kaca/seramik, besi, kulit, e-waste, puntung rokok, pelitup muka dan lain-lain sisa telah dikumpulkan dalam tempoh 1 jam.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR