Majlis Flag Off Usahawan Perlis Ke Pameran Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) Dan Dubai Global Village Tahun 2024

Tarikh : 07 September 2024 (Sabtu)

Lokasi : Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Perlis, Kangar Perlis

YAB Menteri Besar Perlis Tuan Mohd Shukri bin Ramli telah hadir ke Majlis Flag Off Usahawan Perlis Ke Pameran Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) Dan Dubai Global Village Tahun 2024. Turut hadir bersama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Penganjuran MAHA 2024 adalah sempena meraikan 100 tahun MAHA yang bermula pada tahun 1923 dengan tema ”Menuai Harapan Membina Masa Hadapan”. Kerajaan Negeri Perlis telah menghantar penyertaan usahawan Perlis ke MAHA 2024.

YAB Menteri Besar Perlis telah menyempurnakan pelepasan Flag Off Usahawan Negeri Perlis yang akan ke Program MAHA 2024. Penyertaan usahawan Negeri Perlis ke MAHA 2024 merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyokong pembangunan usahawan Perlis, menyediakan ruang dan platform usahawan Perlis untuk mengembangkan perniagaan dan produk serta meningkatkan jalinan usahawan dan rangkaian perniagaan usahawan Perlis. Seramai sepuluh (10) orang usahawan Perlis akan menyertai program MAHA 2024 sebagai pempamer di Pavilion Perlis. Begitu juga penyertaan tujuh (7) usahawan Negeri Perlis ke Dubai Global Village bagi Tahun 2024 dimana merupakan kejayaan sulung bagi usahawan Negeri Perlis apabila berjaya ke pasaran global selama enam (6) bulan untuk berada di Dubai Global Village bermula 01 Oktober 2024 hingga 30 Mac 2025.

Hadir sama dalam majlis ini YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan, Agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan dan wakil-wakil yang terlibat.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR