Majlis Perbarisan Dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023

Tarikh : 30 Ogos 2023 (Rabu)

Lokasi : Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023. Turut hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Parlimen Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.

“Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” adalah tema yang telah dipilih untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Tema ini mendasari tekad pemimpin bersama rakyat untuk memastikan Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai bangsa yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.

Majlis dimeriahkan dengan Persembahan Tarian dan Nyanyian Pelajar Sekolah, Penampilan Khas Artis, Persembahan Artis Tempatan, Tarian Perang Orang Asli Senoi Praaq, Persembahan Brass Band daripada UiTM Perlis, Persembahan Koir dan Persembahan Seni Mempertahankan Diri. Pada malam itu juga, terdapat persembahan istimewa yang dibawakan khas untuk rakyat Negeri Perlis iaitu pertunjukan dron yang dikoreografikan menggunakan sebanyak 350 dron serta teknologi ‘Drone Light Show’; perbarisan dan perarakan yang melibatkan 59 buah kontinjen dari perlbagai Agensi Kerajaan dan Swasta serta perarakan berkuda dan kontingen GRAB bermotorsikal.

Majlis ini diakhiri dengan laungan Ambang Merdeka serta menaikkan Jalur Gemilang dan Nyanyian Lagu Negaraku tepat jam 12.01 tengah malam.

Turut hadir bersama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Negeri Perlis, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Urusetia Program Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta pelbagai lapisan rakyat Negeri Perlis.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR