Majlis Makan Malam Perpisahan Sempena Forum Jaringan Pelancongan Antara Negeri Pata (Pasific Asia Travel Association) Malaysia Chapter (PMC)

Tarikh : 27 Ogos 2023 (Ahad)

Lokasi : Restoran Hai Thien Seafood, Kuala Perlis

DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Perpisahan Sempena Forum Jaringan Pelancongan Antara Negeri Pata (Pasific Asia Travel Association) Malaysia Chapter (PMC).

Hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Majlis makan malam ini adalah bagi meraikan para peserta Forum Jaringan Pelancongan Antara Negeri Pata (Pasific Asia Travel Association) Malaysia Chapter (PMC). Seramai 60 orang peserta menyertai forum ini termasuk agensi pelancongan dari negara Thailand.

Turut hadir bersama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Pegawai-Pegawai Kanan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta Pegawai-Pegawai yang terlibat.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR