Majlis Makan Malam Sempena Art Bridge International Art Camp

Tarikh : 25 Ogos 2023 (Jumaat)

Lokasi : Ocean Glow, Kuala Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Art Bridge International Art Camp di Ocean Glow, Kuala Perlis. Turut hadir bersama YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBhg. Datuk Vincent Sim Tiak Choo, Pengasas City Art Gallery serta isteri YBhg. Datin Mary Sim dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN).

Majlis makan malam ini bagi meraikan pelukis-pelukis dari pelbagai negara ke Art Bridge: International Art Camp Perlis 2023 yang telah berlangsung pada 24 - 27 Ogos 2023. Seramai 150 orang pelukis dari pelbagai negara akan berada di beberapa lokasi menarik di sekitar Negeri Perlis untuk berkarya.

Hadir bersama, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Puan Wong Siew Lee, Pengerusi Persatuan Kesenian Kedah Utara serta Encik Yaacob bin Abdul Aziz, Persatuan Pelukis Perlis.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR