Majlis Perasmian Penutup Seminar Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023

Tarikh : 24 Ogos 2023 (Khamis)

Lokasi : Dewan Warisan, Jalan Kolam, Kangar Perlis

YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir merasmikan Majlis Perasmian Penutup Seminar Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023. Hadir bersama YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan Encik Khairul Anwar Bin Ahmad, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perlis.

Seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkaitan bahaya penyalahgunaan dan penagihan dadah kepada kakitangan Pentadbiran Kerajaan di Negeri Perlis. Seramai 200 orang peserta pelbagai gred dan skim daripada Jabatan dan Bahagian di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Badan Berkanun Negeri Perlis, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perlis dan Jabatan-Jabatan Persekutuan yang telah menyertai seminar ini.

Turut hadir bersama Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Kakitangan Jabatan dan Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perlis dan Jabatan Persekutuan.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR