Kunjungan Hormat TYT Duta Besar Iran Di Malaysia Terhadap YAB Menteri Besar Perlis

Tarikh : 15 Ogos 2023 (Selasa)

Lokasi : Pejabat YAB Menteri Besar Perlis, Kompleks DUN

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Ali Asghar Mohammad, Duta Besar Iran di Malaysia dan Delegasi Duta Besar Iran.

Kunjungan hormat itu adalah untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala yang berkepentingan serta usaha mengukuhkan hubungan yang bakal memberi manfaat bersama.

Turut hadir bersama pada kunjungan hormat tersebut adalah, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR