Bengkel Bagi Memuktamadkan Pindaan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993 Serta Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993

Tarikh : 28 Julai 2023 - 30 Julai 2023

Lokasi : Goldsands Hotel, Pulau Langkawi, Kedah

Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk memuktamadkan pindaan bagi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993 serta Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993 agar kedua-dua peraturan utama ini lengkap serta seragam dengan Peraturan yang digunakan di peringkat Persekutuan.

Bengkel ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis yang diketuai oleh YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis dan disertai oleh Ketua-Ketua Jabatan Negeri serta Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir untuk merasmikan penutup bengkel pada hari terakhir bengkel ini.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR