Majlis Perasmian Fasiliti Pelancongan Penyelidikan FRIM (SFF) Mata Ayer Perlis

Tarikh : 27 Julai 2023 (Khamis)

Lokasi : Mata Ayer, Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis Perasmian Fasiliti Pelancongan Penyelidikan Frim (SFF) Mata Ayer Perlis. Hadir bersama YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Parlimen, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.

Majlis diadakan bertujuan untuk mempromosikan beberapa fasiliti pelancongan dan sebuah bengkel larik yang baru dibina di SPF Perlis kepada Kerajaan Negeri, Agensi dan Jabatan Kerajaan, Universiti serta orang awam datang melawat untuk menjalankan aktiviti riadah. Antara fasiliti pelancongan tersebut ialah Chalet Kesinai, Denai Chenderai dan Tapak Campervan Jati.

FRIM menawarkan pakej aktiviti memasuki denai dan menaiki titian kanopi bagi mereka yang bermalam di sini. Semua aktiviti berasaskan ekopelancongan alam sekitar ini dapat memberi kepuasan dan pendidikan alam sekitar kepada para pengunjung. Sebuah bengkel larik telah dibina dan akan dijadikan sebagai pusat latihan komuniti untuk penghasilan produk jati bernilai tinggi. Ini secara langsung dapat menjulang produk kraf jati Perlis berkualiti tinggi ke peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.'

Hadir bersama YBrs. Dr. Ismail bin Hj. Parlan, Ketua Pengarah FRIM, Encik Awang Shaffie Bin Awang Ahmadni, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Perlis, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan wakil wakil Jabatan yang terlibat.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR