Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Ke Majlis Perbandaran Kangar

Tarikh : 25 Julai 2023 (Selasa)

Lokasi : Majlis Perbandaran Kangar

YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Kangar. Lawatan ini telah disambut oleh YBrs. Encik Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar. Hadir bersama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan).

Pada lawatan ini, satu sesi perbentangan berkaitan struktur organisasi, bidang kuasa serta maklumat perkhidmatan MPK telah disampaikan Encik Raziff bin Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar. Seterusnya delegasi YB SUK di bawa melawat Kangar Street Art, tempat lukisan mural pada dinding bangunan di tengah bandar Kangar. Ia menjadi tarikan kepada orang awam dan juga pelancong yang datang ke Negeri Perlis.

Turut hadir bersama Puan Puteh Soraya binti A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Encik Hasbullah Bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Encik Ahmad Ibrahim Bin Mohd Tayib, Setiausaha Bahagian Unit Pengurusan Korporat Dan Integriti, Pegawai-Pegawai Kanan MPK dan Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR