Majlis Perasmian Pesta Buku Perlis Dan Karnival Pembaca 2023

Tarikh : 25 Julai 2023 (Selasa)

Lokasi : Aras bawah, Perpustakaan Awam Negeri Perlis

YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah hadir mewakili YAB Menteri Besar Perlis merasmikan Majlis Perasmian Pesta Buku Perlis Dan Karnival Pembaca 2023. Hadir bersama YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN).

Majlis dimulai dengan slot bersama YBhg. Datuk Rahman Shaari, Sasterawan Negara. YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad, telah menyempurnakan gimik perasmian serta membuat lawatan ke gerai-gerai pameran dan aktiviti yang sedang berlangsung. Pesta Buku Perlis Dan Karnival Pembaca 2023 akan berlansung selama 5 hari bermula 25 Julai hingga 30 Julai 2023. Pelbagai aktivti serta program yang telah diatur sepanjang berlansungnya Pesta Buku ini antaranya jualan buku dan kraftangan, pameran adventure zoo, peraduan mewarna serta banyak lagi aktiviti yang akan diadakan.

Turut hadir YBrs. Abd Rahim bin Husin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Perlis dan Wakil-wakil jabatan yang terlibat.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR