Majlis Penyerahan Bagi Tajaan Surat Khabar Program Membaca Surat Khabar Dalam Kelas Anjuran Sinchew Daily

Tarikh : 25 Julai 2023 (Selasa)

Lokasi : Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Khoon Aik, Kangar

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis bersama YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Majlis Penyerahan Bagi Tajaan Surat Khabar Program Membaca Surat Khabar Dalam Kelas Anjuran Sinchew Daily. Hadir bersama YBrs. Encik Naharudeen bin Othman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Encik Khoo Boo Chye, Pengurus Perniagaan Sin Chew Media Corporation.

Sin Chew Daily telah menjalankan Kempen Membaca Surat Khabar di Sekolah selama 29 tahun bagi tujuan memupuk tabiat membaca, meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar dan membolehkan pelajar mengetahui perkembangan isu semasa. Di samping itu, Sin Chew Daily juga akan mengadakan pertandingan kuiz dan buku skrap bagi kategori sekolah rendah peringkat negeri dan kebangsaan.

Terdapat 10 buah SRJK(C) di Negeri Perlis. YAB Menteri Besar telah memberi sumbangan bagi 10 buah sekolah pada tahun ini. Sebelum ini, bekas Menteri Besar dan Chan Ming Kai, bekas ADUN Indera Kayangan telah memberi sumbangan kepada 5 buah sekolah pada tahun 2014.

Turut hadir Encik Chin Yoke Meng, Pengerusi Lembaga Pengurus SJK(C) Khoon Aik, Encik Ong Hock Leng Guru Besar SJK(C) Khoon Aik, Ketua-Ketua Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Guru-Guru Besar SJK(c) di Negeri Perlis dan Puan Cheong Ling Chi, Ketua Biro Kedah/Perlis Sin Chew Daily.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR