Kunjungan Hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China Di Pulau Pinang Terhadap Menteri Besar Perlis

Tarikh : 24 Julai 2023 (Isnin)

Lokasi : Bilik VIP Pejabat MB Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli Menteri Besar Perlis, telah menerima kunjungan hormat daripada Konsul Jeneral Republik Rakyat China Di Pulau Pinang, H.E. Mr. ZHOU Youbin. Turut hadir bersama Tuan QIAN Zongye, Timbalan Konsul, Tuan ZHANG Pijian, Timbalan Konsul dan YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Kunjungan hormat itu adalah untuk bersua kenal disamping bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala yang berkepentingan serta usaha mengukuhkan hubungan yang bakal memberi manfaat bersama.

Hadir bersama YB Puan Gan Ay Ling, Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan dan YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan).
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR