Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023M/1445H

Tarikh : 20 Julai 2023 (Khamis)

Lokasi : Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan Isteri serta YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menghadiri Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023M/1445H.

Majlis disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Majlis dimulakan dengan YAB Menteri Besar Perlis menyampaikan ucapan aluan sebelum diteruskan dengan titah DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis.

DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah berkenan untuk mengurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2023M/1445H kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Ariffin Mohd Yusuf, Pengasas dan Pengarah Urusan Primabumi Sdn. Bhd. Kesemua penerima anugerah menerima wang tunai, Sijil Penghargaan serta Hadiah Iringan.

Hadir bersama YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis dan Isteri, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis & Isteri, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Pasangan, Ahli-Ahli Berhormat YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBrs. Encik Norazlan bin Yahaya, YDP Majlis Perbandaran Kangar, Puan Puteh Soraya Binti A Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri & Persekutuan serta wakil-wakil Ketua Jabatan Negeri Perlis.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR