Karnival Kesihatan Sihat Milik Semua Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis

Tarikh : 24 Jun 2023 (Sabtu)

Lokasi : Pusat Transformasi Bandar UTC, Kangar

DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Karnival Kesihatan Sihat Milik Semua Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis. Jabatan Kesihatan Negeri Perlis merupakan urusetia Induk bagi Karnival kesihatan ini.

DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah berkenan menyertai kayuhan dan menyempurnakan pelepasan Fun Ride & Kayuhan Maips Peduli manakala DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis berkenan menyempurnakan pelepasan Fun Run/Walk.

Ucapan aluan majlis telah disampaikan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia dan diikuti dengan Titah DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis.

Hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YABhg. Puan Najwa binti Othman, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis dan Isteri, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN), Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Wakil Ketua-Ketua Jabatan Negeri Perlis.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR