Majlis Santapan Budi Gemilang MASTI 2023

Tarikh : 21 Jun 2023 (Rabu)

Lokasi : Hotel Seri Malaysia, Kangar Perlis

DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Budi Gemilang MASTI 2023. Turut berangkat bersama DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Majlis Santapan Budi Gemilang MASTI 2023 dianjurkan bertujuan meraikan dan mengiktiraf peranan Duli Duli Tuanku dalam memperkasakan setiap inisiatif Pentadbir Universiti Awam Malaysia sejak tahun 2015 dalam menaungi program program Komuniti MASTI. MASTI adalah Gabungan 20 Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas dari seluruh 20 Universiti Awam Malaysia yang ditubuhkan sejak 2010. MASTI turut meraikan ke semua Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia atas sumbangan mereka kepada Pembangunan Organisasi.

DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan Gimik Pelancaran ISUM III dan IVCORE Edisi ke-2. Selain itu DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis juga telah berkenan menyempurnakan perasmian gimik buku MASTI dan mengurniakan Sijil Penghargaan kepada penerima.

Hadir bersama, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta para pentadbir Universiti Awam seluruh Malaysia.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR