Majlis Cerapan Rukyah Hilal Zulhijjah 1444H/2023M

Tarikh : 18 Jun 2023 (Ahad)

Lokasi : Menara Pandang, Majlis Al-Hussain, Kuala Perlis

Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah 1444H/2023M ini telah disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs), Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis telah dipertanggungjawabkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk mengkaji dan menganalisis data almanak astronomi akan perihal kewujudan hilal sewaktu matahari terbenam pada hari rukyah berdasarkan Kriteria Imkanul Rukyah di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis yang merupakan Stesen Rasmi Rukyah Hilal Negeri Perlis pada setiap tahun.

DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah berkenan menyaksikan AJK Rukyah Hilal menandatangani Pengesahan Rukyah Kelihatan/Tidak Kelihatan Hilal Zulhijjah 1444H dan menyempurnakan Gimik Perasmian Terbitan Terbaru Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Turut hadir bersama, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN), Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, CEO MAIPs, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, YBrs. Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Rektor KUIPs serta Ketua-Ketua Jabatan yang terlibat.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR