Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Dan Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Perlis 2023

Tarikh : 17 Jun 2023 (Sabtu)

Lokasi : Tapak Parkir Belakang Kilang, Kuala Perlis

Kes demam denggi di Negeri Perlis menunjukkan trend peningkatan dari minggu ke minggu terutamanya di kawasan Kuala Perlis. Justeru itu, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, satu program Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Dan Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Perlis 2023 telah dilaksanakan.

Perasmian program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan selaku Exco Kesihatan Negeri Perlis. Hadir bersama YB ADUN Kawasan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN), YBrs. Encik Norazlan bin Yahaya, YDP Majlis Perbandaran Kangar, YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), dan YBrs. Dr. Ghazali bin Chik, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis(Kesihatan Awam).

Turut hadir bersama, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Kerajaan Negeri Perlis, Wakil-wakil Jabatan Kerajaan Negeri Perlis, Wakil-wakil pelajar dari (Kuips) dan UniMAP serta penduduk setempat di sekitar Kuala Perlis.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR