Kursus Pengukuhan Pasukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Tarikh : 15 Jun 2023 (Khamis)
Lokasi : Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani, Kedah
Lokasi : Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani, Kedah
Program berdaya pantas dan cergas dengan suasana pembelajaran ceria dan menyeronokan akan membantu peserta membina keyakinan diri serta meningkatkan prestasi organisasi. Seramai 40 warga kerja yang terdiri daripada pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 11 - 32 daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menghadiri Kursus Pengukuhan Pasukan anjuran INTURA.
Objektif utama adalah mengaplikasikan konsep peringkat pembentukan kumpulan di dalam pejabat serta menerapkan kepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berkesan bagi mengelakkan konflik dalam jabatan dan organisasi.
Hari 1:
Peserta mendaftar diri di INTURA. Peserta di berikan taklimat berkaitan kursus yang akan dijalankan. Sesi suai kenal peserta bersama urus setia kursus telah diadakan. Aktiviti pada hari pertama menerapkan sesi suai kenal antara para peserta serta pembahagian peserta kepada beberapa kumpulan. Aktiviti berkumpulan dapat menerapkan semangat kerjasama dalam pasukan.
Hari 2:
Peserta didedahkan dengan aktiviti yang membina keberanian dan keyakinan diri. Antara aktiviti yang dijalankan adalah “Absailing dan Incube” yang bertujuan membina keyakinan diri apabila berada di dalam keadaan gelap atau ketika berada di tempat yang tinggi.
Hari 3:
Para peserta dibawa ke Ulu Legong, Baling, Kedah bagi melaksanakan aktiviti "Jungle Tracking". Di sini peserta bergerak di dalam kumpulan dan perlu sentiasa berada dalam satu pasukan bila mana menjalankan setiap aktiviti yang diberikan. Setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan peserta mengamalkan sikap saling bantu membantu bagi mencapai tujuan yang ditetapkan. Pada waktu petang, aktiviti ikhtiar hidup yang memerlukan peserta untuk memasak makanan sendiri bagi juadah makan malam bersama-sama.
Hari 4:
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan Kursus Pengukuhan Pasukan dengan jayanya. Semoga kursus yang dihadiri ini dapat memberi manfaat kepada peserta kursus untuk menjadi warga kerja yang berkaliber di masa hadapan.
Sumber : SUK Perlis Official
Jom tonton : Canggung Digital

