Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antara Pasukan Pilihan Menteri Besar Perlis dan Pasukan Pilihan Menteri Besar Kelantan
Tarikh : 31 Mei 2023 (Rabu)
Lokasi : Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuzuddin Putra, UITM Cawangan Perlis
Lokasi : Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuzuddin Putra, UITM Cawangan Perlis
YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan Mewakili YAB Menteri Besar Kelantan hadir bagi Perlawanan Persahabatan Bolasepak Antara Pasukan Pilihan Menteri Besar Perlis dan Pasukan Pilihan Menteri Besar Kelantan. Turut bersama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis,YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Parlimen Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.
Perlawanan Persahabatan Bolasepak ini diadakan sempena Festival Silang Budaya Kelantan-Perlis Tahun 2023. Perlawanan yang diadakan secara santai ini menghimpunkan sebahagian besar ADUN Perlis & Kelantan.
Hadir bersama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta wakil-wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official
Jom tonton : Canggung Digital

