DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis Berkenan Menerima Menghadap Pesuruhjaya Tinggi Australia Di Istana Arau, Perlis
Tarikh : 30 Mei 2023 (Selasa)
Lokasi : Istana Arau, Perlis
Lokasi : Istana Arau, Perlis
TYT Dr. Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia serta Isteri mengadap DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Terdahulu, TYT Dr. Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia serta Isteri turut dibawa melawat ke Galeri Diraja Arau, Perlis. Dalam lawatan itu, delegasi telah diberi penerangan oleh Prof Madya Mohariff Bin Shariff di samping dapat melihat pameran salasilah serta sejarah keturunan Diraja Perlis.
Majlis mengadap turut disertai oleh YAB Tuan Mohd. Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan YBrs. Encik Hafizuddin bin Othman, Pengarah Pertanian Negeri Perlis.
Majlis diakhiri dengan santapan tengah hari bersama DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis bertempat di Istana Arau, Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official
Jom tonton : Canggung Digital

