Hari Ketiga : Program Lawatan TYT Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negeri Perlis

Tarikh : 30 Mei 2023 (Selasa)

Lokasi : Kafe Arau Kopi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Perlis

TYT Dr. Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia bersama-sama delegasi telah ke Kafe Arau Kopi, di Kubang Gajah untuk bersarapan pagi. Turut hadir YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) dan YBrs. Encik Hafizuddin bin Othman, Pengarah Pertanian Negeri Perlis.
Delegasi Pesuruhjaya Tinggi Australia telah mengadakan lawatan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), Perlis. Delegasi disambut oleh Prof. Ts. Dr. Shukor Sanim bin Mohd Fauzi, Rektor UiTM. TYT Dr. Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia telah memberi syarahan bertajuk Australia and Malaysia- Firms Friend, Ready for Future serta sesi soal jawab. Hadir bersama Prof. Madya Ir. Dr. Umi Fazara Md. Ali , Pengarah Centre for International Engagement (CIE), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBrs. Tuan Hj. Shahrom bin Shaari, Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis, YBrs. Puan Ernie binti Adnan, Ketua Jabatan, Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi, Institut Perguruan Guru Kampus Perlis, Wakil-wakil Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Wakil-wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

TYT Dr. Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia bersama-sama delegasi telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Perlis dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Perlis. Perjumpaan itu adalah untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu yang berkepentingan serta usaha mengukuhkan hubungan yang bakal memberi manfaat bersama. Hadir bersama Prof. Ts. Dr. Shukor Sanim bin Mohd Fauzi, Rektor UiTM, YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) serta wakil-wakil daripada Dewan Perniagaan Melayu dan Dewan Perniagaan Cina.

YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Hotel Putra Regency untuk mengucapkan selamat jalan kepada TYT Justin Lee dan delegasi Pesuruhjaya Tinggi Australia yang akan pulang ke Pulau Pinang pada jam 4.00 petang. Turut hadir YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBrs. Encik Hafizuddin bin Othman, Pengarah Pertanian Negeri Perlis dan wakil-wakil yang terlibat.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR