Sesi Libat Urus Usahawan Negeri Perlis Tahun 2023
Tarikh : 30 Mei 2023 (Selasa)
Lokasi : Laman Brasmana, Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis
Lokasi : Laman Brasmana, Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis
YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Pembangunan Usahawan dan IKS) telah hadir ke Sesi Libat Urus Usahawan Negeri Perlis Tahun 2023. Turut Hadir YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan Encik Mohd Azraai Zain bin Tusimin, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis.
Keusahawanan merupakan salah satu sektor ekonomi yang penting dalam menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), merangsang pelaburan dan menjana pendapatan selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030. Sesi Libat Urus Usahawan Negeri Perlis Tahun 2023 diadakan khusus untuk memberi ruang dan peluang usahawan dari pelbagai sektor untuk berkumpul dan memberikan pandangan bagi memajukan sektor keusahawanan. Sesi ini juga dapat membuka jaringan perniagaan dan meningkatkan kerjasama di antara pelbagai agensi kerajaan dan usahawan.
Hadir bersama YBrs. Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis, YBrs. Encik Mohd Sharizan bin Mansor, Pengarah FAMA Negeri Perlis, YBrs. Cik Nur-Ul-Ain binti Mohd Asmoni, Pengarah SME Corp.Malaysia Kedah/Perlis, Ketua-ketua Jabatan Negeri Perlis, Pegawai-pegawai Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis dan Usahawan-usahawan Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official
Jom tonton : Canggung Digital

