Program Kayuhan Bersama DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis
Tarikh : 29 Mei 2023 (Isnin)
Lokasi : Kampung Warna Warni, Seberang Ramai Kuala Perlis
Lokasi : Kampung Warna Warni, Seberang Ramai Kuala Perlis
DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berangkat ke Program Kayuhan Bersama DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis.Turut berangkat bersama DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut bersama dalam kayuhan itu, TYT Dr. Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia bersama-sama delegasi. Dalam program ini, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menyampaikan sumbangan kepada 140 orang asnaf.
Turut hadir bersama, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, YBhg. Tuan Hj. Najmuddin bin Abdul Karim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis (JAIPs), YBhg. Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, CEO MAIPs serta wakil yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official
Jom tonton : Canggung Digital

