Hari Kedua : Program Lawatan TYT Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negeri Perlis

Tarikh : 29 Mei 2023 (Isnin)

Lokasi : Kopi Kebun, Ladang Superfruit Chuping, Institut Agroteknologi Lestari (INSAT), dan Universiti Malaysia Perlis(UniMAP)

TYT Dr. Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia bersama-sama delegasi telah ke Kopi Kebun untuk bersarapan pagi. Turut hadir YB Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) dan YBrs. Encik Hafizuddin bin Othman, Pengarah Pertanian Negeri Perlis.

Delegasi Pesuruhjaya Tinggi Australia meneruskan sesi lawatan ke Ladang Superfruit Chuping. Delegasi diberikan taklimat ringkas oleh Mr. Robin Lim, Pemilik Ladang Superfruit Chuping dan dibawa melawat sekitar ladang Superfruit. Hadir bersama YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBrs. Encik Hafizuddin bin Othman, Pengarah Pertanian Negeri Perlis serta Puan Hani Suzita binti Hakimi, Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis.

Delegasi seterusnya dibawa ke Institut Agroteknologi Lestari (INSAT UniMAP) Padang Besar. Delegasi disambut oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Imran bin Ahmad, Pengarah (INSAT UniMAP). Taklimat ringkas serta perbentangan slide berkaitan INSAT telah diberikan. Delegasi juga dibawa melawat Harumanis Greenhouse dan menyaksikan pertunjukan Robot Mesin Rumput dan Meriam. Pihak INSAT jugas telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia diatas lawatan ke INSAT. Turut hadir bersama YBrs. Encik Hafizuddin bin Othman, Pengarah Pertanian Negeri Perlis.

Lawatan diteruskan ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra. Delegasi disambut oleh YBhg. Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman bin Sauli, Naib Canselor UniMAP. Taklimat ringkas serta perbincangan telah diadakan oleh pihak UniMAP. Delegasi dibawa ke Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP untuk jamuan makan tengah hari. Sesi lawatan ke Perpustakaan telah disambut oleh Encik Mazmin bin Mat Akhir, Ketua Pustakawan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR