Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim di antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis

Tarikh : 29 Mei 2023 (Isnin)

Lokasi : Dewan Jamuan Negeri, Aras 6 Blok E, Wisma Darul Aman, Kedah

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman 3 (MOU3) Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim di antara Negeri Perlis dengan Negeri Kedah. Negeri Perlis diwakili Menteri Besar Perlis manakala Negeri kedah diwakili oleh YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah dengan disaksikan oleh YB Dato’ Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis. Turut hadir menyaksikan mewakili Kerajaan Persekutuan adalah YBhg. Datuk Muhamad Yasir bin Yahya, Setiausaha Bahagian Tanah Ukur dan Geospatial, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Permetaan Malaysia.

Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim di antara Negeri Kedah dengan Negeri Perlis akan menjadi sejarah baharu dimana Kedah-Perlis merupakan negeri pertama memuktamadkan perjanjian sempadan darat dan maritim di Malaysia secara serentak. Perjanjian sempadan ini meliputi keseluruhan sempadan negeri Kedah - Perlis bagi sempadan darat adalah sepanjang 44.3 kilometer, manakala bagi sempadan maritim 5.6 kilometer (3 batu nautika). Pemeteraian perjanjian sempadan pada hari ini adalah langkah dalam merancang pembangunan yang lebih tepat dan jitu terutamanya di kawasan sempadan negeri. Selain itu, usaha ini secara tidak langsung akan membolehkan pihak berkuasa negeri masing masing menguatkuasakan kutipan hasil cukai di kawasan sempadan negeri dengan lebih cekap dan terurus serta mencegah pencerobohan tanah dan penerokaan sumber secara tidak sah.

Turut hadir bersama YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Encik Ismasuhaimi bin Shariff, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, Puan Puteh Soraya Binti A Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Setiausaha-setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Pegawai-pegawai Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR