Kunjungan Hormat TYT Pesuruhjaya Tinggi Australia Terhadap YAB Menteri Besar Perlis
Tarikh : 29 Mei 2023 (Isnin)
Lokasi : Pejabat YAB Menteri Besar Perlis, Kompleks DUN
Lokasi : Pejabat YAB Menteri Besar Perlis, Kompleks DUN
YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli Menteri Besar Perlis, telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia dan delegasi Pesuruhjaya Tinggi Australia.
Kunjungan hormat itu adalah untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala yang berkepentingan serta usaha mengukuhkan hubungan yang bakal memberi manfaat bersama.
Turut bersama pada kunjungan hormat tersebut adalah, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan Puan Puteh Soraya Binti A Rahman,Setiausaha Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official
Jom tonton : Canggung Digital

