Hari Pertama : Program Lawatan TYT Pesuruh Jaya Tinggi Australia ke Negeri Perlis
Tarikh : 28 Mei 2023 (Ahad)
Lokasi : Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis dan Restoran Hi-Thien Seafood, Kuala Perlis
Lokasi : Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis dan Restoran Hi-Thien Seafood, Kuala Perlis
TYT Dr. Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia dan isteri bersama-sama delegasi telah tiba ke Negeri Perlis. Delegasi tiba di Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis pada 2.00 petang dan telah disambut oleh YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis serta YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. Hadir bersama Mr. Sanjay Boothalingam, Kaunselor Pertanian, Ms. Siaan Ansori, Setiausaha Pertama dan Encik Nik bin Mohd Yusuf, Pegawai Penyelidik Politik.
Pada sebelah malam, Delegasi Pesuruhjaya Tinggi Australia diraikan pada Majlis Jamuan Makan malam dan Sesi taklimat Pembangunan Negeri Perlis di Restoran Hi- Thien Seafood, Kuala Perlis. Puan Puteh Soraya binti A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis telah membentangkan tentang pelaburan di Negeri Perlis serta turut menayangkan video Pelancongan di negeri Perlis. Disamping itu, perbentangan juga menerangkan tentang Infrastruktur dan ketersambungan, Negeri Bandar Perlis 2023 seperti pelaburan utama, Lembah Agro Chuping (CAV) dan Lebuhraya Koridor Utara (NCH).
Turut hadir bersama, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBrs. Encik Hafizuddin bin Othman, Pengarah Pertanian Negeri Perlis, Puan Puteh Soraya binti A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Encik Zainal bin Abu Kasim, Pengurus Besar NCIA, Puan Nazzatul Shima binti Ahmad Sabri, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (Makro), Encik Mohd Azraai Zain bin Tusiman, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (Sektoral), wakil-wakil Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, serta wakil dari MBI.
Sumber : SUK Perlis Official
Jom tonton : Canggung Digital

