Sesi Menandatangani Perjanjian Pajakan Pusat Perniagaan Bersepadu (IBC), Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA)
Tarikh : 2 Jun 2023 (Jumaat)
Lokasi : Aras2, Integrated Business Centre (IBC), Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Mukim Titi Tinggi, Perlis
Lokasi : Aras2, Integrated Business Centre (IBC), Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Mukim Titi Tinggi, Perlis
YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis hadir bagi menandatangani Perjanjian Pajakan Pusat Perniagaan Bersepadu (IBC), Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) Diantara Menteri Besar Incorporation Perlis (MBI) Dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). Perjanjian Pajakan ini telah ditandatangani oleh YAB Menteri Besar Perlis bagi pihak Menteri Besar Incorporation (MBI) dan Encik Mohamad Haris Bin Kader Sultan,Ketua Eksekutif NCIA bagi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan disaksikan oleh Encik Zulkafli bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif (MBI) dan Encik Armiy Rais Bin Ahmad Sharifuddin, Pengurus Besar, Jabatan Penasihat Undang-undang (NCIA).
Sesi ini bertujuan bagi memuktamadkan Perjanjian Pajakan Pusat Perniagaan Bersepadu (IBC) di atas tanah berkeluasan 7.428 ekar di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping yang telah siap dibina pada Disember 2019. Pusat Perniagaan Bersepadu (IBC) ini akan ditadbir urus oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi tempoh lima (5) tahun dari tarikh perjanjian ini dimeterai dan bangunan ini juga akan berfungsi sebagai one stop centre (OSC) bagi memudahkan pelabur mendapatkan maklumat pelaburan di kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dan seterusnya memberi manfaat kepada ekonomi dan rakyat negeri ini.
Turut hadir hadir bersama YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Radhi bin Abbas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBrs Tuan Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Puan Puteh Soraya binti A Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Ketua- Ketua Jabatan Negeri Perlis serta Pegawai-pegawai Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official
Jom tonton : Canggung Digital

